RSS

About

Pages

Thursday, June 23, 2011

Kerana Takdir -11-


           “Oops.. Saya minta maaf cik. Saya tak sengaja.” Tertunduk-tunduk Qalish Widylea meminta maaf. Salahnya juga, entah bagaimana, air kotoran dalam baldi yang digunakan untuk mengemop lantai tersimbah sedikit ke baju gadis dihadapannya. ‘Habisla aku kali ni.. Janganlah aku dibuang kerja. Mampus aku macam ni.’ Qqalish Widylea berdoa dalam hati.

              “Hey, you ni buat kerja macam mana? Tak nampak ke I kat sini??!! Apa punya cleaner lah you ni! Habis baju I !!  Kalau I suruh you ganti pun, sepuluh tahun you kerja pun you tak mampu bayarlah!!” marah benar gadis itu. Dia tunduk sambil mengibas-ngibas bajunya yang terkena kotoran. Tujuan ke toilet untuk merapikan diri menjadi sebaliknya. Qalish Widylea dah terketar-ketar. Habislah aku.. 

              “Saya minta maaf cik. Saya tak sengaja..” Qalish Widylea meminta maaf sekali lagi. Janganlah dia dibuang kerja. Dia menunduk.

                  ‘Macam aku kenallah suara ni’ kata gadis itu dan mula mendongak.
              “Well..Well…Well…Look, who’s here…” sambungnya. Qalish Widylea tersentak. Dia mula mendongak.

              “Smile!!” Cahaya flash menyilaukan pandangan Qalish Widylea. 

            “Seriously I ingat you anak orang kaya, rupanya kerja cleaner aje? I’m shocked!!”            kata Kelly gedik, sambil ketawa mengilai panjang. Dah macam Pontianak pulak kalau orang dengar.

            Keesokannya satu sekolah kecoh dengan cerita Qalish Widylea bekerja sebagai cleaner di Persada Coffee House & Restaurant.  Mukanya penuh di papan kenyataan dengan kenyataan yang memalukan. Kelly memang melampau!

            Setibanya dia di kelas, hatinya tambah sakit bila ramai rakan sekelas yang berbisik-bisik sambil menjeling-jeling kepadanya macamlah dia jijik sangat. Keadaan jadi makin panas bila Kelly mula masuk dan mencaci dan menghina Qalish Widylea. 

            “I thought you are the richest girl in town. Tak sangka betul I yang you ni kerja cleaner.” Katanya mengekek ketawa sambil membuang gumpalan kertas ke lantai. 

            “ Hey you, kutip tu.. You cleaner, kan? “ sambung Kelly dan ketawa panjang,disambut oleh rakan-rakan sekelas. Ada pelajar lain yang menolak-nolak kepala Qalish Widylea untuk mengutip gumpalan kertas di lantai membayangkan macam hina sangat pekerjaannya.  Qalish Widylea masih senyap. Kelly jadi bengang. 

            “Hey, you da bisu? Da pekak? Mak bapak you tak ajar untuk hormat people of higher standard? Huh?” Kelly menunjal muka Qalish Widylea. Qalish Widylea menggenggam penumbuk. Rasa marahnya berbuku. Namun cuba disabarkan hatinya.

            “Aku malas nak layan cerita tak berfaaedah kau. Lagipun, aku ada banyak lagi kerja lain nak buat.”  Kelly bengang apabila dia tak mampu menaikkan kemarahan Qalish Widylea. Dia kemudiannya meludah tepat ke muka Qalish Widylea. Kali ini, Qalish Widylea tak mampu menahan sabarnya lagi.

            “Sabar aku ada had, Kelly!! Kau memang sengaja nak buat aku marah kan? Kau sengaja nak aku naik angin kan? Hah?” Kali ini semua orang dah menikus. Terkejut dengan suara tinggi Qalish Widylea.

            “Apa tujuan kau? Kau nak aku belasah kau ke? Hah?? Jangan sampai kau patah riuk pulak!!” Qalish Widylea menendang kerusi yang berdekatan dengannya.  Kemudian menolak Kelly. Dan tak semena-mena Kelly jatuh ke lantai. Dia bangun dan menampar Qalish Widylea kuat. Qalish Widylea yang naik angin menangkap tangan Kelly dan memulas ke belakang.  Danish Imran yang tiba- tiba masuk cuba meleraikan pergaduhan yang mula hangat itu.

            “ Eh, kenapa ni? Dah-dah lah tu… Cukuplah.. Dah…” kata Danish Imran sambil cuba memisahkan dua gadis itu. Risau dia jika perbalahan ini berterusan. Qalish Widylea mendengus marah dan menghempas pintu kelas. Sepanjang hari itu, wajahnya langsung tak dapat dilihat di mana-mana. 

            Danish Imran resah di tempat duduknya. Sepanjang hari, dia langsung tak dapat menumpukan perhatian. Risau dan resah membelenggu hatinya. Sebaik habis waktu kelas, dia melilau di bandar, mencari kelibat Qalish Widylea. Penat, dia menuju ke Pantai Cahaya Negeri, tempat yang selalu ditujunya untuk menenangkan fikiran.Tiba-tiba matanya menangkap satu susuk yang biasa di pandangannya. 


Kerana Takdir -10-

        Qalish Widylea mengerutkan kening. Tadi Mak Esah menghulurkannya satu lagi bungkusan. Direnung dalam-dalam. Dah beberapa minggu dia menerima bungkusan yang sama. Buku cerita Aesop’s Fables. Satu buku di setiap satu bungkusan. buku-buku ni bukan baru.. Apa yang pasti, ini adalah koleksi seseorang. Bukannya second-hand, ataupun baru dibeli. Dan dia tidak dapat menidakkan hatinya. Hanya seorang yang tahu kegemarannya ini. Hanya seorang itu yang sering membacakannya cerita-cerita dari koleksi Aesop’s Fables ini. Hanya dia. Tiada yang lain. Air matanya menitik lagi satu persatu. Dibiarkannya. Tak diseka langsung. 


            “ Leya, mehla datang sini. Abang ada buku cerita baru!!’ jerit seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 6 tahun. Terkedek-kedek Qalish Widylea yang baru berusia 3 tahun setengah itu mendapatkannya dan segera duduk di buaian kayu yang ada di Kejora Park itu. Helaian demi helaian diselak dan terpampang wajah takjub anak gadis kecil itu. 



            ‘ Mesti dia..Tak mungkin orang lain.’ Qalish Widylea mengeluh panjang kemudian merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat. Panjang dan kasar. 

                 “Woi! Bukak pintu ni!!” jerit Qayyum Iskandar menjerit lantang.
            “Kau nak apa??” Qalih Widylea menjawab dari dalam. Malas memikirkan Qayyum Iskandar.

            “Bukak la pintu ni!! Aku pecahkan pulak pintu ni karang!!”
            “Apa kau nak? Kalau kau nak duit, aku dah tak ada duit la. Kau baru je datang mintak kat aku kelmarin.” Qalish Widylea mengeluh panjang.

            “Ahh..Kau tipu!! Mana kau simpan duit?? Aku nak la!!” Qayyum Iskandar merempuh masuk dan membuka almari dan laci yang ada di bilik Qalish Widylea. Habis semua barang adiknya itu diselerakkan bagi mencari wang yang dikehendakinya. 

            “Mana duit tu?? Baik kau cakap cepat!!” Qayyum Iskandar mencekik leher Qalish Widylea.

            “Aku cakap takde, takdela!! Kau pekak ke apa?! Qalish Widylea menjawab tersekat-sekat. Nafasnya mula putus-putus. Qayyum Iskandar mula naik hantu. Dia perlukan duit.
D.U.I.T !! Qalish Widylea mula lembik dan terjatuh. 

' Eh, mati ke budak ni? Alamak! Mampus aku!'Qayyum Iskandar mula kelam kabut dan cepat-cepat keluar dari rumah itu. 

                Setelah Qayyum Iskandar pergi, Qalish Widylea bangun perlahan-lahan. Kalau diikutkan sangat si Qayyum Iskandar tu, memang matilah dia. Terpaksa berpura-pura pengsan. Dia segera mengemaskan biliknya ala kadar dan bersiap ke Persada Coffee Shop & Restaurant.



            Adham Muhyemin mundar-mandir sambil meramas-ramas tangannya. Dia seorang lawyer, tapi kes hatinya sendiri dia jadi takut. Berdebar-debar. Apakah reaksi yang bakal dihadapinya nanti? Sapaan Puan Kamariah yang tiba-tiba membuatkannya tersentak.

                “Ni kenapa pulak ni dok ke hulu ke hilir macam ni?” bebel Puan Kamariah.
          “Tak ada apalah bonda..” jawab Adham Muhyemin sambil tersengih-sengih macam kerang busuk tak ada gigi.. Tapi kerang memang tak ada gigi, kan? Hehehe

            “Ada apa-apa perkembangan?” dah pastilah bertanya pasal anak tirinya.
            “Bonda sabarlah dulu…Nanti Min ceritakan..”

Kerana Takdir -9-


          Hati Qalish Widylea membara. Seluruh tubuhnya dirasakan menggeletar dengan kata-kata yang terngiang-ngiang di cuping telinga. Berdesing rasanya dengar sesi sindir menyindir yang ditujukan kepadanya tadi. Mahu saja dia ponteng sekolah. Tapi sampai bila?? Satu hari nanti dia kene menghadapinya jugak. 

              “Muka je ganas, perangai je macam brutal. Tapi dengan katak pun takut!” Berderai tawa budak-budak kelas 5 Ixora.

              “Itulah kalau perempuan berlagak macam lelaki.. Tak sedar diri. Ingat diri tu power sangat?? Dengan katak pun sampai tergolek ke lantai!!” kata-kata Kelly itu disambut tawa meleret Geng Telur.

                 Kembang-kempis hidungnya menahan marah. Terbayang-bayang muka-muka gedik yang mengutuknya tadi. Sebal!! Bebal!! Ish!!!!!!!!!!!!
 
              ‘ Aku kena laksanakan plan aku secepat mungkin.. Kalau asyik macam ni,masak aku dibuatnya..tak leh jadik ni!!’ Qalish Widylea bermonolog sendiri. Dalam tengah sedap-sedap menyusun plan dalam kepala otak,tetibe tubuhnya terlanggar dengan seseorang. Habis air mineral kat tangan tumpah kena baju orang yang dilanggar. Erk, sorryla brother! Perlahan-lahan dia mendongak. 

              ‘ Aiseyman…takde orang lain ke aku nak jumpa ni??? Apasal la mamat ni jugak? Macam kat sekolah ni da tak wujud makhluk-makhluk lain yang bergelar lelaki??’ Danish Imran dah tersengih-sengih macam kerang busuk.  Mula dalam hati nak mengusik lagi.
 
              “Kalau berjalan pakai mata! Bukan pakai kepala lutut! Sebab tu dok melanggar orang je!” Suara Danish Imran melengking tinggi.

              “Setahu aku jalan pakai kaki bukan pakai mata! Cube kau demo sikit macam mana nak jalan pakai mata?” Qalish Widylea sudah menyindir. Suaranya pula yang melengking tinggi.        ‘ Kau ingat kau tinggi-tinggikan suara kau tu aku takut? Sorryla beb..’  

                Danish Imran telan air liur. ‘ Aik, takleh jadi ni. Aku plak yang kena balik?’
Qalish Widylea dah tarik sengih panjang. Berbunga-bunga hatinya apabila melihat muka kelat Danish Imran tadi.. ' Padan muka kau.'


Tuesday, June 14, 2011

Kerana Takdir -8-


"Min jumpa tak?" tanya Puan Kamariah tatkala terpandang Adham Muhyemin yang baru pulang dari kerja. Kasut diletak di atas rak kasut. Kemudian lelaki itu melabuh duduk di sofa empuk yang dah tak berapa nak empuk di ruang tamu rumah bujangnya. Tali leher dilonggarkan. Dia menarik senyum nipis. 

"Bonda ni tak sabar-sabar,eh?"Tersenyum lagi. Menatap riak wajah perempuan tua di hadapannya. Gelas berisi air yang dihulur Puan Kamariah diambil. Kemudian diteguk rakus. Bagi menghilangkan dahaga. Kemudian menggeleng perlahan. 

"Min tak dapat jejak dia. Diorang dah tak duduk kat rumah lama tu lagi. Min tengah try carik diorang sampai dapat." Nampak jelas riak hampa di wajah Puan Kamariah. Adham Muhyemin sendiri buntu. Tak tahu macam mana lagi nak mencari. Teringat adik-beradik tirinya. Kenangan yang ada tu macam dark chocolate. Walaupun pahit,tetap ada manisnya. Apa yang pasti, semuanya tinggal kenangan.

*********************************************************************
Qalish Widylea terjaga dari tidur. Masih terbayang-bayang mimpinya tadi. Kejadian itu masih tak lekang dari mindanya. Tak pernah luput. Dan tidak akan luput!

“Kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini. Dasar perempuan tak sedar diri!!” jerit Datuk Zafrul Effendi.

            Beg pakaian berselerakan. Esak tangis masih lagi kedengaran. Air mata yang mengalir tidak langsung membuka pintu simpati di hati Datuk Zafrul Effendi. Keras hatinya. Sebagai orang yang sangat berpengaruh dalam bidang politik, segala ura-ura ataupun cerita panas boleh membawa kepada keruntuhan kariernya. Panas telinganya apabila dihidangkan cerita yang isterinya itu mepunyai anak ikan ataupun kekasih muda.

            “Kau keluar! Jangan sekalipun kau tunjuk muka kau kat aku. Kau nak bela anak ikan ke, apa ke, lantak kau. Tapi jangan harap aku akan lepaskan kau. Berambus!!” bergema suara Datuk Zafrul Effendi menggegarkan kawasan Vila Puteri.
          
 Hujan lebat yang membasahi bumi tidak menghalang Datuk Zafrul Effendi daripada menghalau isteri pertamanya itu keluar dari rumah. Guruh yang berdentum langsung tak meruntun hati lelaki itu bagi menghulur sedikit simpati. Kilat yang sabung menyabung tidak menggentarkannya. Tangisan budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 8 tahun langsung tidak diendahkannya.

            "Abang, saya tak salah abang. Kenapa abang buat saya macam ni. Kalau tak kesiankan saya sekalipun, kesianla kat anak kita ni,bang." Rayu wanita itu dalam sedu-sedan. Dato' Zafrul Effendi tak peduli. Lantaklah apa nak jadi. 

         " Kau dah memalukan aku, ada hati nak merayu-rayu? Berambus! Jangan sampai aku nampak muka kau lagi! Berambus!!Bawak anak haram kau ni sekali!!" Dato' Zafrul Effendi menyepak tubuh wanita itu. Budak lelaki yang terkedu melihat ibunya disepak-sepak mula memukul Dato' Zafrul Effendi. Apa sangatlah tenaga budak kecil sepertinya yang hanya tersembam menyembah bumi dengan sekali tolakan kasar Dato' Zafrul Effendi. Mulut Dato' Zafrul Efffendi tak henti-henti mengherdik,memaki-hamun. Menghalau wanita yang pernah menghuni hatinya. 
 "Bonda, kenapa babah buat bonda macam ni? Babah dah tak sayang kita lagi ke bonda?" Teresak-esak si kecil dalam dakapan bondanya.

        Qalish Widylea hanya mampu memandang. Air mata yang meleleh tidak mampu diseka. 'Bonda tinggalkan Wid?Kenapa tak bawa Wid sekali,bonda??" Air mata diseka lagi.Tak pernah bosankah kau si air mata?

Kerana Takdir -7-


             Nazhatul Balqish memerhati Qalish Widylea dari jauh. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk menyelami perasaan gadis misteri itu.

            "Hye Que.." Nazhatul Balqish menyapa. Lantas meletak duduk di sisi Qalish Widylea. Walaupun Qalish Widyela tersandar di pokok sambil menutup wajahnya dengan topi, dia tahu Qalish Widylea menyedari kehadirannya.
          "What are you doing here??" keras suara Qalish Widylea. Terganggu.
          "Saja.  Aku tau kau sentap dengan Im kan? " Hening. Qalish Widylea tak membalas.

*******************************************************

Danish Imran tarik sengih lebar sambil menyanyi kecil. Entah kenapa,dia rasa tersangatlah happy. Terbayang muke Qalish Widylea yang terkejut tadi. Cute! Err,cute???kau biar betul Danish Imran! Hatinya berkata sendiri. Apa yang pasti sengihannya memang tak hilang-hilang..Hehehehe....

      Plastik kecil yang diletak dalam beg sekolahnya dikeluarkan perlahan-lahan. Kemudian diletakkan di bawah laci meja Qalish Widylea.. Tersengih lagi. Masih teringat-ingat tumbukan sulung Qalish Widylea di pipinya. Kekalahan gadis tu dalam match basketball masih tak cukup nak balas kesakitan yang dia rasa. Ni penambah perisa. Penyedap rasa..           


    Suasana dalam kelas senyap. Sunyi. Macam tak ada penghuni. Walaupun Qalish Widylea rasa pelik. Dia biar je. malas nak ambik tahu apa kes yang wat kelas ni berubah. Selalu kalau tak bising memang tak sah. Lepas rehat,perut kenyang. Hati senang. Dia pelik. Danish Imran langsung tak cari gaduh dengannya hari ni. Tapi dia lega. Tenang. Pantas tangannya menyeluk ke laci meja. Ingin mencapai buku latihan yang harus dihantar. Si Daniel dah memekik-mekik suruh hantar buku. Tapi apa yang dia pegang bawah laci bukan buku. Lembik! Lembab! Qalish Widylea dah naik seram. Apa ni?? Macam-macam dah terbayang kat kepala. Katak? Apa?? KATAK??!! Qalish Widylea dah terlompat. Jatuh dari kerusi. Macam nangka busuk jatuh ke tanah. Katak yang dari tadi bersembunyi dalam laci. Melompat keluar. Muka Qalish Widylea?? Tak payah cakap la. Pucat. Terketar-ketar.. Danish Imran dah gelak tak ingat. Gamat satu kelas. Bukan takat Danish Imran je. Rasanya semua orang dalam kelas tu nak tergolek-golek gelak bila tengok reaksi Qalish Widylea.

            Hentaman kuat pada meja buat semua terdiam. Qalish Widylea tahan marah. Memang nak kene ni! Patutlah tak cari gaduh dengan aku, ada plan rupanya. Rasa nak terkeluar semua isi perut yang aku makan masa rehat tadi. Gila punya Danish Imran!!
*************************************************

            Qalish Widylea senyap. Masih terbayang-bayang peristiwa tadi. Fresh! Terperanjat beruk aku dibuatnya. Geramnye. Dalam diam, dia tersengih. Menyusun strategi baru. Nazhatul Balqish yang setia di sisi langsung tak dipedulikan. Lantaklah. Peduli hape aku!


Kerana Takdir -6-


              "Woi,lembab la kau ni bawak.Sampai tahun depan pun aku tak sampai kalau macam ni." marah jejaka yang berada dalam teksi yang dibawa Qalish Widylea. Qalish Widylea hanya senyap. Tak mahu membalas.

             "Woi,pekak ke?Cepatla sikit bawak tu..Aku dah lambat ni!" Langsung tak jaga hati Qalish Widylea yang mula membara tu. Proton Saga merah putih itu semakin berbahang rasanya. Degupan jantung Qalish Widylea semakin laju...Cuba menahan sabar yang semakin menipis.

            "Encik, kan jalan tengah sesak ni. Bukan saya boleh buat apa. Sekarang ni kan waktu orang balik dari pejabat. Memangla sesak. Tadi sebelum naik, saya dah cakap dengan encik. Sabar ajelah.Kalau nak cepat sangat jalan kaki!" Qalish Widyela akhirnya membentak perlahan. Geram pulak rasanya dengan lelaki yang berada di sebelahnya itu. Tadi bukan dia tak cakap. Dah bagitau pun. Tak pe..Takpe konon.. Last-last aku gak yang kena maki.. Qalish Widylea menggelengkan kepalanya. 

Lelaki tadi terus terdiam. Terkedu. Salahnya juga. Tapi dia memang betul-betul nak cepat.
            "Maaf." sepatah kata yang keluar dari mulut jejaka itu membuatkanya terkedu. Maaf? Dah lama telinga Qalish Widylea tak dengar perkataan keramat itu dari mulut seorang lelaki.Terkedu. Sampai dia nyaris melanggar lampu merah.


            "Woi! Aku nak hidup lagi. Bawakla elok-elok!!" Terbang rasa terkedu Qalish Widylea diganti dengan rasa sebal. Ah! Lelaki memang semuanya sama je. Jalan mulai lengang dan Qalish Widylea menekan pedal minyak. Lajunya kereta yang dibawanya mencecah 160 km/h. Kini jejaka di sebelahnya terkedu pula. Terdiam terus. Kini dadanya pulak berdebar-debar. Takut.Hanya itu yang dirasakan. Mulutnya terkumat-kamit. Mendoakan agar dirinya selamat dalam perjalanan ini bersama pemandu teksi gila di sebelahnya.

*********************************************************************
         

           Qalish Widylea mencampak topi Nike yang dipakainya ke atas sofa. Letih benar tubuhnya seharian memandu teksi di seluruh bandar. Direbahkan tubuhnya yang lesu. Tak lama kemudian dia terlelap. Suara orang bertempik mengejutkan Qalish Widylea dari tidur. Terpisat-pisat Qalish Widylea. Namun suara Dato Zainal Arieff yang melengking tinggi membuatkan Qalish Widylea sedar 100%.

          "You tak ada hak nak halang apa yang I buat! I nak kahwin lain pun bukan masalah you!" tengking Dato' Zainal Arieff.


          "You tak malu ke? Umur da lebih separuh abad, tapi nak kahwin dengan betina yang sebaya dengan anak you sendiri!"


         "Eh,mulut you tu jaga sikit! You tu dengan budak Zack tu. Bukan Zack tu sebaya dengan Is? You jangan cakap lebih la."


         "I tak ada apa-apa dengan Zack la! Dia tu partner business I je.!" Suara Datin Marlia naik seoktaf. Geram benar dengan Dato' Zainal Arieff. Dato' Zainal Arieff pula hanya tersenyum sinis.
           
            "Kalau you tak kahwin dengan I, sekarang ni mesti you dah merempat tengah jalan! Kalau bukan sebab you kahwin dengan I, you takkan berjaya macam ni tau! Duit yang you agungkan sangat tu,duit papa I !! Duit Tan Sri Kamal Aziz Rahman. You lupa ke yang dulu you cuma kerani cabuk kat syarikat papa I. Kalau bukan sebab papa I bagi you modal, you takkan kaya-raya macam ni, Zainal. Ntah-ntah you ni sekarang dah merempat tepi jalan! Bila you dah jatuh nanti, you tahulah rasa sakit!"

        " Modal? I dah lama bayar hutang I dengan papa you. Kalau you nak sepuluh kali ganda pun, I mampu bagilah! Bukan ke you jugak yang merayu-rayu..." Tak sempat Dato' Zainal Arieff menghabiskan ayat, terdengar bunyi pintu berdentum kuat dari atas. Nyata, Qalish Widylea tak sanggup mendengar lagi perbalahan orang tuanya. Tak perlu dia melihat, perasaanya sudah remuk.


Kerana Takdir -5-


Matanya tertancap ke dada buku, tapi jiwa dan perasaannya tiada di situ. Teringatkan peristiwa semalam. Hatinya meronta, memberontak ingin melahirkan rasa gelodak marah yang membuak dalam dada. Perhatiannya langsung tiada dalam kelas. Hanyut dalam dunianya sendiri. Papanya buat hal lagi! Alyyn dibawa pulang ke Vila Puteri. Masih terngiang-ngiang lagi suara manja perempuan itu di telinganya, macam bunyi nyamuk yang menghurung telinga. Masih terbayang lagi di matanya kelakuan-kelakuan tak senonoh papanya. Tergedik-gedik merapati papanya. Dah lah tu, tangan memang tak reti nak duduk diam. Merayap sana sini. Sakit agaknya tangan dia tu kalau duduk diam. Sakit matanya. Ahh.. Persetankanlah semuanya itu. Dengusan kasar keluar dari celah bibirnya yang merekah merah itu. Dadanya berombak kasar. Menahan gelodak rasa.

Saat ini telinganya terdengar pula rengekan manja Raja Khaleda Mysara. Terkekek-kekek ketawa. Entah apa yang lucu sangat tak tahulah. Duduk sekumpulan dengan pelajar-pelajar perempuan lain yang putih melepak dan digelar geng telur. Kerana kulit mereka yang putih macam telur. Qalish Widylea mengalih pandang. Menyampah rasanya. Tangan Raja Khaleda Mysara yang lebih mesra dipanggil Kelly melambai ke arah Zachrull Shaffique yang baru tiba ke kelas.

“Oh Zack, I've been waiting you for ages! Come here. I have something to talk with you.” Kata Kelly manja sambil menepuk seat kosong di sebelahnya. Geng nya yang lain dah tersenyum-senyum. Gedik!

“Zack.I’m sorry.” Kelly memaut lengan Zachrull Shaffique. Zachrull Shaffique pula tersenyum.
‘Ah, dasar lelaki..’ ulas Qalish Widylea dalam hati. Pantas mendengus. Menandakan ketidakpuasan hatinya.


Zachrull Shaffique pula hanya diam. Membiarkan Kelly dengan kata-katanya. Dia sendiri sudah jelik dengan perangai gadis itu. Biarlah dia membisu.  Baik diam dari cakap benda yang bukan-bukan, ye tak? Dapat dilihat Qalish Widylea yang resah di tempat duduknya. Kelly yang semakin bosan bercakap dengan ‘tunggul kayu’ segera berlalu. Mengisi perut yang lapar. Mengambil kesempatan yang ada, Zachrull Shaffique menghampiri gadis yang beku, dingin di tempat duduknya. Walaupun zahir gadis itu seperti lelaki, dia tetap tertarik untuk menghampiri. Mahu mengetuk pintu hati gadis itu untuk mengenal dunia remaja.

“Que..” sapa Zachrull Shaffique. Qalish Widylea memalingkan muka ke arah lain. Membisu.
“Kenapa kau senyap? Tak sudi nak kawan dengan aku?” cuba menyapa lagi.
Qalish Widylea makin rimas. Digumpal-gumpal kepingan kertas yang ada di bawah mejanya, kemudian dibaling tepat ke muka Zachrull Shaffique.
“Please leave me alone!!” tegas bunyinya.
***********************************************************************************


Danish Imran memandang ke kiri dan kanan mencari seseorang. Meliar matanya mencari namun masih tak ketemu. Sudah merata dia mencari sehingga terasa lenguh lututnya.
‘Ish, mana dia ni!! Time aku nak carila dia tak ada. Kalau tak, ada je aku nampak muka dia tercongok kat sini!’ gerutu hatinya. Geram.
Dalam matanya meliar, tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh yang duduk menyandar di bawah sepohon pokok besar di pinggir padang sekolah. Cahaya matahari sudah mula meredup dilindung awan. Tapi matanya masih dapat mengenali. Sweater kelabu, topi Nike putih merah dan sneakers. Siapa lagi kalau bukan Qalish Widylea. Meskipun topinya ditarik melindungi mukanya, Danish Imran masih boleh mengenal. Sekali pandang, sebijik macam lelaki. Hati nakalnya mula ingin mengusik.
“Woi, Que!” laungnya dari jauh.
Qalish Widylea tak ambil peduli.
‘Lantak kaulah nak terlolong, nak menjerit macam orang gila. Tak boleh ke nak tengok orang senang?!’ Merengus lagi. Sejak kehadiran lelaki yang bernama Danish Imran itu ke sekolahnya, dia tak pernah lagi ada ruang untuk bersenang - lenang. Ada je idea lelaki tu nak mengacau. Rasa geram, sebal, toksah cakaplah. Dah berbakul-bakul maki hamunnya dihadiahkan buat lelaki itu, tapi tak paham-paham jugak.
 " Woi, tak dengar ke?!" Jerit Danish Imran di telinga Qalish Widylea. Qalish Widylea dah menggengam penumbuk. Sakit hatinya. Nak bagi aku pekak ke mamat ni?
 "Ala, nak tumbuk aku ler tu.. Kau macam kuat sangat. Pape pon, kau tetap perempuan. Tak payahla nak berlagak macam lelaki." Danish Imran berkata sinis.
 Muka Qalish Widylea sudah mula memerah. Tanda marah. Dadanya pula berombak kasar. Terus berdiri dan melangkah pergi. Malas nak layan kerenah Danish Imran.