“Oops.. Saya minta maaf cik. Saya tak sengaja.” Tertunduk-tunduk Qalish Widylea meminta maaf. Salahnya juga, entah bagaimana, air kotoran dalam baldi yang digunakan untuk mengemop lantai tersimbah sedikit ke baju gadis dihadapannya. ‘Habisla aku kali ni.. Janganlah aku dibuang kerja. Mampus aku macam ni.’ Qqalish Widylea berdoa dalam hati.
“Hey, you ni buat kerja macam mana? Tak nampak ke I kat sini??!! Apa punya cleaner lah you ni! Habis baju I !! Kalau I suruh you ganti pun, sepuluh tahun you kerja pun you tak mampu bayarlah!!” marah benar gadis itu. Dia tunduk sambil mengibas-ngibas bajunya yang terkena kotoran. Tujuan ke toilet untuk merapikan diri menjadi sebaliknya. Qalish Widylea dah terketar-ketar. Habislah aku..
“Saya minta maaf cik. Saya tak sengaja..” Qalish Widylea meminta maaf sekali lagi. Janganlah dia dibuang kerja. Dia menunduk.
‘Macam aku kenallah suara ni’ kata gadis itu dan mula mendongak.
“Well..Well…Well…Look, who’s here…” sambungnya. Qalish Widylea tersentak. Dia mula mendongak.
“Smile!!” Cahaya flash menyilaukan pandangan Qalish Widylea.
“Seriously I ingat you anak orang kaya, rupanya kerja cleaner aje? I’m shocked!!” kata Kelly gedik, sambil ketawa mengilai panjang. Dah macam Pontianak pulak kalau orang dengar.
Keesokannya satu sekolah kecoh dengan cerita Qalish Widylea bekerja sebagai cleaner di Persada Coffee House & Restaurant. Mukanya penuh di papan kenyataan dengan kenyataan yang memalukan. Kelly memang melampau!
Setibanya dia di kelas, hatinya tambah sakit bila ramai rakan sekelas yang berbisik-bisik sambil menjeling-jeling kepadanya macamlah dia jijik sangat. Keadaan jadi makin panas bila Kelly mula masuk dan mencaci dan menghina Qalish Widylea.
“I thought you are the richest girl in town. Tak sangka betul I yang you ni kerja cleaner.” Katanya mengekek ketawa sambil membuang gumpalan kertas ke lantai.
“ Hey you, kutip tu.. You cleaner, kan? “ sambung Kelly dan ketawa panjang,disambut oleh rakan-rakan sekelas. Ada pelajar lain yang menolak-nolak kepala Qalish Widylea untuk mengutip gumpalan kertas di lantai membayangkan macam hina sangat pekerjaannya. Qalish Widylea masih senyap. Kelly jadi bengang.
“Hey, you da bisu? Da pekak? Mak bapak you tak ajar untuk hormat people of higher standard? Huh?” Kelly menunjal muka Qalish Widylea. Qalish Widylea menggenggam penumbuk. Rasa marahnya berbuku. Namun cuba disabarkan hatinya.
“Aku malas nak layan cerita tak berfaaedah kau. Lagipun, aku ada banyak lagi kerja lain nak buat.” Kelly bengang apabila dia tak mampu menaikkan kemarahan Qalish Widylea. Dia kemudiannya meludah tepat ke muka Qalish Widylea. Kali ini, Qalish Widylea tak mampu menahan sabarnya lagi.
“Sabar aku ada had, Kelly!! Kau memang sengaja nak buat aku marah kan? Kau sengaja nak aku naik angin kan? Hah?” Kali ini semua orang dah menikus. Terkejut dengan suara tinggi Qalish Widylea.
“Apa tujuan kau? Kau nak aku belasah kau ke? Hah?? Jangan sampai kau patah riuk pulak!!” Qalish Widylea menendang kerusi yang berdekatan dengannya. Kemudian menolak Kelly. Dan tak semena-mena Kelly jatuh ke lantai. Dia bangun dan menampar Qalish Widylea kuat. Qalish Widylea yang naik angin menangkap tangan Kelly dan memulas ke belakang. Danish Imran yang tiba- tiba masuk cuba meleraikan pergaduhan yang mula hangat itu.
“ Eh, kenapa ni? Dah-dah lah tu… Cukuplah.. Dah…” kata Danish Imran sambil cuba memisahkan dua gadis itu. Risau dia jika perbalahan ini berterusan. Qalish Widylea mendengus marah dan menghempas pintu kelas. Sepanjang hari itu, wajahnya langsung tak dapat dilihat di mana-mana.
Danish Imran resah di tempat duduknya. Sepanjang hari, dia langsung tak dapat menumpukan perhatian. Risau dan resah membelenggu hatinya. Sebaik habis waktu kelas, dia melilau di bandar, mencari kelibat Qalish Widylea. Penat, dia menuju ke Pantai Cahaya Negeri, tempat yang selalu ditujunya untuk menenangkan fikiran.Tiba-tiba matanya menangkap satu susuk yang biasa di pandangannya.


No comments:
Post a Comment