Nazhatul Balqish menggeleng-geleng kepalanya melihat Qalish Widylea ke hulur ke hilir..Mundar-mandir dengan butir bicara yang dia sendiri tidak faham. Entah mengapa, dia terasa rapat dengan gadis itu. Lantaklah macam mana pun perangai si Qalish Widylea ni. Janji tak jahat, boleh dibuat kawan. Bagi Nazhatul Balqish, dia bersyukur. Qalish Widylea tak adalah seperti anggapan ramai teman-temannya. Semuanya menyimpang jauh. Cuma, dia misteri… Fikirannya yang melayang tadi tercampak semula ke alam nyata apabila Qalish Widylea tiba-tiba mendengus kasar. Kuat.
"Ni yang aku tak puas hati ni!!! Aku dah tak tahan dah dengan perangai mamat sial tu!" kini, Qalish Widylea menggenggam penumbuk.
"Kau ni kenapa Que? Aku tak faham la."
"Si Danish Imran tulah. Jangan pandang rendah kat akulah. Dia tak kenal lagi siapa aku ni!!"
"Apahal plak kali ni?" tanya Nazhatul Balqish.
Qalish Widylea tidak menjawab, tetapi memandang ke satu arah dengan pandangan yang maha tajam. Tertarik, Nazhatul Balqish turut menoleh. Terpampang di matanya jejaka yang amat dibenci Qalish Widylea, Danish Imran.
"Petang ni kat court. Jangan buat-buat lupa plak...Kalau tak datang, confirm kau ni pengecut. Luar je kuat, dalam lembik..Perempuan lah katakan....." Danish Imran gelak kasar. Bergema tawanya di pinggir padang yang agak sunyi itu.
Qalish Widylea cuma mampu mendengus kasar. Berombak-ombak dadanya tanda kesabarannya memang teruji apabila berhadapan dengan lelaki ini. Suka benar jejaka itu mengganggu sekelumit ketenangan miliknya.
'Kesabaran masih milik engkau. Jangan sampai nanti aku hilang sabar, nahas kau aku kerjakan' Kata-kata itu cuma terluah di dalam hati. tersekat di kerongkong, tak terkeluar patah bicaranya.
Lengan Nazhatul Balqish ditarik, sebagai tanda mengajak gadis itu beredar dari situ. lebih lama dia menghadap Danish Imran, lebih menggelegak jiwanya.
"Kau jangan lupa, pengecut!" Jeritan itu bergema di kejauhan, sayup-sayup di pendengaran Qalish Widylea, namun masih dapat ditangkap bait-baitnya.
Bunyi bola keranjang dilantun kedengaran jelas. Hubungan yang semakin meruncing menambah perisa terhadap perlawanan ini. Qalish Widylea memang misteri dan ramai yang tidak menyukai kewujudannya. Danish Imran pula rebutan pelajar perempuan yang tergedik-gedik mencuri perhatian lelaki itu. Justeru, perlawanan yang tak seberapa ini nampak berat sebelah. Namun, permainan hendaklah dibuat secara adil.
Sorakan demi sorakan bergema memenuhi ruang gelanggang. Degupan jantung laju, selaju ayunan langkah membawa bola. Perlawanan sudah berlangsung selama sejam, namun satu jaringan pun masih gagal diperoleh. Peluh menitis menuruni cerun pipi. Qalish Widylea gagah beraksi dengan topi merah putih Nike kesayangannya. Ayu?? Dah hilang kena telan dek penampilan boyish nye tu. Laju tangannya merampas bola di tangan Danish Imran dan terus score satu jaringan. Dah takde masa untuk amaran dah.
Danish Imran mula rasa tercabar. Gadis di hadapannya ini bukan boleh dipandang remeh. Apatah lagi sebelah mata. Pandangannya dipaku kepada gadis misteri di hadapannya ini. Buat seketika, permainan berpihak kepada Qalish Widylea. Mana mungkin dia kalah pada seorang perempuan. Rambut yang terjuntai di dahi disebak ke belakang. Nafas ditarik dalam-dalam bagi menstabilkan denyutan jantung. Tajam mata helangnya memerhatikan langkah Qalish Widylea mencari peluang untuk merampas bola.
Rampas-merampas dah jadi rutin. Mata sudah setara dan permainan sudah hampir ke penghujung. Qalish Widylea pula sudah semakin rancak menghayun langkah menghalang Danish Imran daripada menjaringkan lebih mata. Wajahnya sudah dibasahi peluh dan sorakan keliling makin kuat dan mula menganggu tumpuannya. Gamat dan riuh. Dalam pada dia cuba untuk menjaringkan mata di saat terakhir itu, Danish Imran merampas bola dan kemenangan menjadi milik jejaka itu.
Qalish Widylea menjerit kecewa. Longgar lututnya dek kekalahan pertama itu. Dengan itu, Danish Imran secara rasminya menjadi ahli blacklist Qalish Widylea yang paling top. Number 1 lagi. Tunduk menekur lantai gelanggang. Hanya itu yang mampu dilakukan Qalish Widylea. Kekalahan ini seperti kekalahan total. Dia nampak lemah di mata Danish Imran.
' Tidak!! Aku tak boleh lemah!!!' keluh hati kecilnya.
Langkah diatur perlahan meninggalkan lantai gelanggang. Terdengar-dengar suara-suara sinis memerlinya dan mengutuknya. Namun semua tu tak jadi kudis bagi Qalish Widylea. Puas Nazhatul Balqish memanggil-manggil Qalish Widylea, namun tak nampak tanda yang gadis itu akan berhenti. Berlari-lari anak Nazhatul Balqish bagi menyaingi langkah besar Qalish Widylea.
"Que, kau janganla macam ni. Aku tahu kau kecewa. Tapi try to take this as a challenge. Jangan putus asa,ok?"
"Aku dah kalah, Naz! Kau tak nampak senyum sinis dia tu? Aku benci dia,Naz!! Aku benci!!"
Tersentak Nazhatul Balqish dek jeritan Qalish Widylea. Macam nak tercabut dah jantung rasa. Terdetik rasa kasihan di kalbunya untuk gadis yang bernama Qalish Widylea. dia tahu, gadis itu ada sesuatu yang disembunyikannya. Jauh dari pengetahuan sesiapa..
"Best man always win, Que.." Suara Danish Imran terdengar di telinganya. Halus namun sinis. Dengan senyuman menyindirnya, Danish Imran mengenyit mata dan berlalu. Qalish Widylea geram, lalu membaling bola di tangannya tepat mengenai lampu jalan. bunyi pecah berderai itu menyebabkan suasana yang bising tadi jadi senyap. Kalau bunyi jarum jatuh ke lantai pun boleh dengar. Dengan langkah longlai, dia berlalu.




No comments:
Post a Comment